header ads

Rumahtangga dakwah : Realiti yang pahit ditelan tapi syurga Allah menjadi sandaran

Rumahtangga dakwah 
Dalam meniti kehidupan sebagai daie dimuka bumi, semuanya bermula dengan pembinaan bait muslim yang sebenarnya dimulakan dengan pemilihan pasangan yang solehah. Namun, ramai daie yang tertipu dan hanya memberikan fokus kepada pemilihan yang baik, namun tidak sedar pentingnya pembentukan peribadi dan ilmu yang mantap dalam rumahtangga.
Pembinaan rumahtangga dakwah sebenarnya tidak semudah seperti yang disangka. Malah, persediaan itu perlu sebelum mendirikan dan memilih bakal pasangan lagi. Ramai dikalangan duat yang mengharapkan bakal zauj/zaujahnya akan menjadi zauj/zaujah yang lebih baik daripada orang kebanyakan.
Muslimat akan mengharapkan mendapat suami yang boleh membawanya keluar berjalan-jalan ditaman-taman, supermarket dan lain-lain setiap minggu. Dibayangkan bahawa zaujnya akan menjadi suami yang soleh yang boleh mengimamkan mereka sekeluarga setiap kali solat fardu, yang akan menjadi suami yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.
Si suami pula akan mengharapkan isteri yang menunggunya dengan setia dimuka pintu menyambut kedatangannya balik kerja atau program-program dakwah, melayannya dengan baik, menyediakan makan minumnya dengan baik dan sebagainya. Menunaikan haknya sebagai suami dengan baik dan sebagainya.
Namun sebenarnya, apabila hendak mendirikan rumahtangga dakwah, beberapa impian tersebut terpaksa dikorbankan. Cuba bayngkan seorang suami yang sibuk berdakwah setiap hari, balik dari kerja sahaja terus bergegas ke usrah atau daurah dan lain-lainnya. Hujung minggunya penuh dengan program dakwah fardiah, ceramah, daurah dan mukhayam. Masa cutinya digunakan untuk rehlah dan perjalanan ke tempat program-program dakwah. Jadi, bilalah lagi masanya untuk membawa isteri berjalan? Sedangkan masa terluangnya itu, lebih disukainya untuk berehat mengumpul tenaga utk kerja-kerja dakwah yang lainnya pula.
Begitu juga, seorang zaujah yang sibuk menguruskan anak-anak, disamping itu memikirkan tentang program-rgram dakwah, membawa usrah dan lain-lain, disamping kerjayanya sendiri, tentulah penat dan letih. Bagaimanakah dia nak menunggu dengan setia dirumah melayan suami setiap hari?
Jadi, ikhwah/at yang ingin mendirikan rumahtangga dengan ikhwah/at yang lain, sepatutnya menyediakan hati masing-masing bahawa beberapa perkara yang orang kebanyakan dapat dalam rumahtangga perlu dilepaskan denga redha.
"Semasa hujung minggu, orang lain boleh pergi ke taman bunga membawa anak-anak, keluarga dakwah hujung minggunya akan sibuk pergi ke program-program dakwah dan tarbiyah"
"Semasa hari bekerja, orang lain terus balik ke rumah dan berjumpa dengan keluarga, sebuah keluarga dakwah selepas habis bekerja, malam-malamnya penuh dengan usrah dan katibah."
"Orang lain mengambil cuti untuk bersama keluarga/honeymoon dan sebagainya, keluarga dakwah memahami mereka menyimpan cuti untuk pergi ke mukhayam, rehlah dan sebagainya."
"Orang lain berbincang suami -isteri tentang anak-anak, rumahtangga dan sebagainya, sebuah keluarga dakwah bukan sahaja berbincang tentang keluarganya, tapi juga berbincang bagaimana nak melicinkan perjalanan program dan juga masalah umat dan masyarkatnya."
Namun sebuah keluarga dakwah adalah keluarga yang paling bahagia dalam kesibukannya kerana:
1. Tujuannya kerana keredhaan Allah semata-mata, maka cinta dan kasih sayangnya adalah yang paling sejati, kerana ia adalah kurniaan Allah semata-mata
2. Masing-masing rela melepaskan hak masing-masing kerana dakwah dan menyedari kehidupan bersamanya yang abadi hanyalah disyurgawi.
3. Tanggungjawab ditunaikan dengan sebaik mungkin, kerana perjalanan rumahtangga dibawah bayangan dan naungan syariat Allah yang maha adil.
4. Orang lain bersama hanya ketika cuti bersama keluarga atau honeymoon semata-mata, keluarga dakwah bersama lebih banyak lagi dari itu (ketika program bersama, didalam kereta ke tempat program bersama) dan bersama-memikirkan masalah dakwah, masyarakat dan ummahnya.
Musim PKP ini merupakan, masa dimana keutuhan asas sandaran rumahtangga dakwah akan diuji. Jika asasnya tidak kukuh, maka aktiviti di rumah akan menjurus ke arah itu semata...berseronok bersama keluarga...membuka movie ditonton bersama keluarga, mencuba resepi baru, dan lain-lain lagi.
Tetapi jika asasnya adalah untuk dakwah, maka keseluruhan aktiviti keluarga di rumah akan kearah itu. Mendidik baka-bakal penyambung perjuangan ini seperti aktiviti solat berjemaah, tazkirah, melatih anak-anak menjadi Daie (menjadi pentazkirah, hafazan, latihan imam etc). Pada masa yang sama, aktiviti dakwah dan tabriyah tetap berjalan dengan keterhadan yang ada. (Mungkin nanti saya akan detailkan di kemudian hari)
Bertuahlah mereka yang mendirikan rumahtangga untuk bersama menuju syurga dan bertuah lagi mereka yang meletak sandaran rumahtangganya adalah atas dakwah ini.
Mari ikuti perkongsian di

Post a Comment

0 Comments