header ads

Teruslah berlari bersama dakwah ini

TERUSLAH BERLARI BERSAMA DAKWAH INI
Dr Mohd Khairol Jambli

Rasulullah ketika dikepung dan dakwahnya dihalang di Mekah, dia mencari pelbagai cara untuk menyampaikan dakwah,
Ketika dihalang berdakwah secara terbuka, dia berdakwah secara bersembunyi,
Ketika dihalang berdakwah didalam Mekah, dia pergi menuju ke Thoif,
Ketika diancam daripada berdakwah di sekitar Kaabah, dia mengetuk khemah-khemah kabilah yang datang.

Begitu bersungguhnya Rasulullah berdakwah, Jiwanya bebas, Fikirannya bersungguh mencari solusi
Janganlah kita biarkan jiwa Daie kita terus terpenjara,
lesu, lemah dan berputus asa.
Berfikirlah! Berfikirlah! untuk dakwah ini.
Kerana kita tidak tahu, bila kita akan mati
Apabila hilangnya semangat juang seorang Daie,
maka hilanglah peluang keemasan yang diberikan Allah SWT.
Ingatlah bahawa kita tidak diberikan kebebasan dalam menentukan jalan keimanan dan kekufuran. Hanya jalan iman sahaja yang akan selamat di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan antara mereka ialah orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia). yang akan mendahului orang lain dalam mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan di sisi Allah SWT. Terus menetap di dalam syurga yang penuh nikmat. Sebahagian besar daripada mereka adalah dari umat manusia yang terdahulu dan sebilangan kecil dari orang yang datang kemudian." (Surah Al-Waqiah ayat 10-14).
Semasa PKP, hanya jasad kita yang #stayathome, Jangan pula jiwa kita sebagai Daie terpenjara sama.
Teruslah berlari bersama dakwah ini, Jangan biarkan PKP menyebabkan dakwah anda "kekejangan" semasa perjalanan dakwah ini, kerana kita tidak tahu, mungkin Allah menarik nyawa kita ketika perjalanan dakwah kita tengah "kekejangan"


Post a Comment

0 Comments